Diari HidupKu :: Berkata yang sia-sia..
Khamis, 2009 Disember 24
Di alam internet yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja….
Diari HidupKu: Defrag Ur Head..
Rabu, 2009 Disember 23
" Defrag your mind to free up positive space. Crop your thoughts to cut out all the negative parts or views of negative thinking. Copy & Paste daily inspirations and motivations to help focus on the good in each situation in life. When you change your thoughts, you change your thinking. Uploading this inspiration is downloading positive thoughts into your memory bank of thinking. Think bigger, better and brighter thoughts!"
Diari HidupKu: Bangkit semula..
Khamis, 2009 Disember 17
Kita takutkan kekecewaan sedangkan kekecewaan itulah guru yang akan mengajar kita erti prinsip dan perlunya kita bangkit semula dari kegagalan kita. Kekecewaanlah yang akan mengajar kita betapa besarnya keburukan yang akan datang selepas kelalaian. Bahkan kekecewaan itu akan mengajar kita tentang perlunya kita berhati-hati ketika melangkah dalam kehidupan. Berpijaklah di bumi yang nyata..
Diari HidupKu :: Kita berbeza..
Rabu, 2009 Disember 16
Diari HidupKu :: Mulut Jahat Hati Ada Baik..
Selasa, 2009 Disember 15
Korang pernah dengar istilah nie. Mulut jahat hati baik.. statement yang keluar dari org yg mengaku dirinya baik.. pada aku org yg baik takkan mengaku dirinya baik.. biarlah org lain yg buat penilaian samada orang tu baik atau tidak. Aku kenal ramai orang termasuk yang suka aku n yang x suka. Aku macam biasa, x jadi masalah pon pada aku. Cuma yang ingin aku katakan disini, kawan ni kadang2 seperti madu n kadang2 seperti racun. Ada yang boleh kita percaya n ada yang kita x leh percaya. Walaupun nampak macam serabut je, tapi aku x pernah fikir yang buruk ttg kawan2, semua yang baik2 je. Walau apa pon sifat mereka. Tapi bila dah aku anggap macam tu plak, ada yang berani amik kesempatan...tikam aku dr belakang, aduh SAKITNYA. Kerana sikap kawan yang x kenang budi ni (pernah lah gak aku tolong dia) aku hampir2 putus kawan ngan kawan yang lain, padahal sebelum ni kitaorg ok je. Leh gelak2 layan movie n berbual.Aku x paham napa dia wat mcm tu ek. Hati mmg sakit,tapi aku cukup serik nak berbaik ngan orang macam tu, depan kita muka baik gila, tapi bila kat belakang ntah apa dia bawa mulut. Astaghfirullah..aku bukan nak korang mengesyaki kawan2 masing tapi itulah hakikat. Aku x pernah jumpa kawan yang macam ni sejak sekolah rendah, tapi bila kat U, zaman yang org kata, masa kita menempuh kedewasaan. Hish, dah dewasa tp perangai macam budak tadika.Aku rasa budak tadika pon tau wat benda mcm tu dosa. Walaupun kecil da dikira fitnah.
Perasaan aku masa tau kawan aku yang baik sangat ni wat fitnah, aku x leh nak cakap apa (lupa nak tumbuk muka dia,hehehe), nasib ada kawan2 yang sabarkan hati. X sangka org yang kita tolong leh buat mcm tu. Org yang kita percaya n tido sebilik. Fuh..nasib perangai baran aku ada sket kurang r,lau x aku igt jahanam dah muka tu aku kerjakan. Kesan dia cukup dalam..sakit betul hati aku, aku cb memaafkan tapi x leh, aku belum sampai tahap melupakan. Tiap kali terserempak aku mesti rasa marah yang membuak2. Selagi dia x minta maaf ngan aku, mungkin aku x kan maafkan dia. Dengan Allah dia blh minta ampun (tu pon lau dia ada buat r).
Sepatutnya, kalau kawan kita mesti r sayang macam adik beradik walau x rapat pon jangan ler wat macam tu...gila betul. Semoga Allah S.W.T memberikan kesabaran yang tinggi pada orang yang teraniaya.Kalau aku lah,isk..x da maaf bgmu.Aku rasa bukan aku sorang je yang dah jumpa orang mulut jahat macam ni..korang pon mesti pernah gak kan?dia x terfikir ke dunia skrg ni apa kita buat kat org Allah bayar cash je.
Takut plak aku,lau nak jahat pon jangan libatkan atau aniaya org lain..x baik kesian kawan kita ..Kawan lah yang kita ada masa kita berjauhan ni,lau bukan kawan sapa lg nak tlg kita.... Bila rakan kita ditimpa musibah atau pun susah hati.. seelok-eloknya kita beri perhatian, bila ada rakan dikalangan kita yang bernasib begini, bila hati kengkawan susah tolong la beri semangat, tolong jangan bergurau yang menghiris kalbu, tolong la jangan tanya soalan-soalan yang memang terdetik dalam hati, simpan ajer dalam hati tu,
“aku ni mulut memang lepas, tp hati aku baik” dah takyah cakap mcm tu, mulut lepas tu memang akan menyentap hati penerima, walaupun muka memberikan senyuman, tahukah anda bagaimana hatinya, bagaimana tidur malamnya dengan kata-kata kamu.
“untuk mencari kawan yang baik, jadilah kawan yang baik“
sama2lah kita muhasabah diri. we're not perfect but at least cuba utk perbaiki diri kita. Wallahualam..
Diari HidupKu: SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU
Rabu, 2009 Disember 09
"Masa depan jadi makin singkat dan masa lalu menjadi makin panjang..Namun harapan untuk masa depan lebih besar dari kesalan masa lalu.. Selamat hari lahir buat sayang abg..!! Biar patah kail , Jgn patah semangat ! biar putus network line, jgn putus harapan ! Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman so mari sama2 kita kuatkan amalan..ingat pada tuhan..selebihnya biar Yang Maha Esa tentukan..Insyallah segalanya akan tenang.."Alhamdulillah.. PAPA & BATRISYIA sayang sangat kat MAMA.
Diari HidupKu: ALHAMDULILLAH KUSABAR
Selasa, 2009 November 03
Haa setelah sekian lama aku menyepi disebabkan kesibukkan kerja dan family akhirnya sedar tak sedar dah sampai ke penghujung tahun 2009. Sekejap jer masa berlalu..batrisyia pun semakin membesar dan sihat..alhamdulillah..Dalam meneruskan perjuangan 2009 banyak telah aku tempuh.. satu kunci yg paling utama dalam hidup adalah KESABARAN.. tanpa KESABARAN kita tak akan berjaya dalam aper jua yg kita lakukan tetapi jika kita SABAR dan berfikiran POSITIF insyallah..segala yang susah akan menjadi mudah..
Aku dulu selalu cakap "hanya orang sabar saja boleh menang" dan aku percaya orang akan faham
Orang suka kata, sabar tu separuh daripada iman. Orang suka kata, sampai bila nak bersabar. Orang suka kata, aku dah banyak sabar dah. Aku selalu kata, hanya orang sabar saja boleh menang.
Dan sekarang aku kata, kalau orang mula mengukur sabar dalam dirinya, maknanya dia tu tak sabar. Selagi dia kata, aku dah banyak sabar atau dia soal diri sampai bila dia nak bersabar, maksudnya simple - dia tu tak sabarlah namanya. Dan aku tak akan ukur sejauh mana kesabaran aku kerana aku memang nak sabar.
Keep it cool harapnya.
Kadang2 tak dinafikan kita selalu diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran yg boleh menggugat KESABARAN..tapi jika kita berfikiran positif..ingat pada tuhan dan bersyukur banyak2..insyallah semua dugaan dapat di atasi. Petua paling mudah bila diduga dengan dugaan yang amat hebat..ucapkanlah ALHAMDULILLAH.. insyallah hati kita akan tenang..paling kronik tahap KESABARAN tergugat..pergilah amik air wudhuk ..pergi sembahyang pastu berdoa minta terbukak segala pintu rintangan..terhindar segala duri keresahan..kebencian..INSYAALLAH CONFIRM HATI TENANG.. Selamat Mencuba Semua!

![[contact me]](http://img369.imageshack.us/img369/7053/iklanblogpa6.gif)
![[contact me]](http://img385.imageshack.us/img385/5015/iklanqr4.gif)
![[ Buat yg tersayang ] : ira_syomel](http://img165.imageshack.us/img165/6895/xxxwj9.jpg)






![Click here to join [ 5st1998 Group ] |Group bebudak SMJS|](http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/yg/img/i/us/ui/join.gif)